Tuesday, October 9, 2012


Teknologi Terkini ......  
APPLE STEM CELL ( SEL STEM EPAL)
                    
Kenapa Buah Epal? Kenapa bukan buah Durian atau Manggis atau Delima??? 
Apa Keistimewaan Buah Epal Dari Segi Perubatan???

Sebiji epal mampu mengatasi masalah penuaan.  Mungkin sukar dipercayai, namun itulah kenyataannya kerana buah itu mengandungi bahan anti oksidan yang sangat tinggi.  
Hasil kajian menunjukkan Epal bukan sahaja dianggap bahan anti-pengoksida, malah ianya juga mampu mencegah penyakit barah.  


Secara tidak lansung ia boleh menghalang sel dalam badan daripada mengalami kerosakan dan mematikan bahan radikal bebas yang berbahaya.

Epal mengandungi elemen kesihatan ohytonutrient yang boleh melambatkan proses pengoksidaan kolestrol yang tidak baik iaitu satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung.  Pengurus Unit Perniagaan Mibelle Biochemistry Switzerland, Dr Fred Zulli berkata `Pengambilan sebiji epal atau jusnya setiap hari mampu melambatkan proses penuaan'.  

Sel Stem buah itu mampu memberi kesan positif kepada manusia kerana ia berupaya memperbaiki tisu dan sel dalam badan di samping menggalakkan penghasilan sel baru.

"Sel kulit manusia mempunyai jangka hayat terhad, ditambah pula usia yang semakin meningkat selain keadaan persekitaran yang tidak menentu memberi implikasi negatif kepada kulit.  

Secara tidak lansung keadaan itu menyumbang kepada kehilangan regangan kulit, menimbulkan kedutan dan sekaligus mempercepatkan proses penuaan" katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Lebih menarik buah epal kaya dengan fitonutrien, protin dan mempunyai sel hidup yang panjang, malah ia ada sel tisu Malus PhytoCellTec Domestica pada sel stem pokoknya.  
Beliau menambah, sel tisu berkenaan didapati boleh membantu melindungi sel induk kulit manusia daripada unsur yang boleh merosakkan kulit seperti sinaran ultra ungu (UV).

Epal memiliki khasiat tersendiri yang juaga bertindak mencantikkan kulit, sekaligus mengatasi masalah penuaan.  Ia juga mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi dan berupaya menggalakkan pembentukan gigi, tulang, tisu bawah kulit dan rawan yang sihat. 
Sel stem buah itu berkesan mengembalikan keremajaan kulit dan menggalakkan pertumbuhan sel premium kulit yang menjadi sumber utama untuk membaiki epidermis iaitu lapisan luar di samping menggalakkan pembentukan pigmen kulit.

PRODUK YANG AKAN MEREALISASIKAN IMPIAN ANDA UNTUK JADI SIHAT & SEMBUH DARI SAKIT DAN SETERUSNYA MENJADIKAN ANDA INSAN YANG CANTIK DAN MENAWAN!!

No comments:

Post a Comment

Web form powered by 123ContactForm.com | Report abuse